Saturday, March 13, 2021

SEJARAH SK WAWASAN SEREMBAN 2

  

Sekolah Wawasan merupakan sejenis sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berbeza aliran di dalam satu kawasan yang sama. Sekolah Wawasan ini telah diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997. Dalam konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu kompleks sekolah yang sama. 

 

Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 adalah menggabungkan dua buah sekolah iaitu SK Wawasan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Convent Seremban atau nama ringkasnya SJK(T) Convent Seremban dalam satu kawasan yang dinamakan Kompleks Wawasan Seremban 2.

 

Sekolah Kebangsaan Wawasan atau nama ringkasnya SK Wawasan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln S2 F22, Garden Homes,Seremban 2. Sehingga 2020, sekolah ini mempunyai 71 orang guru, 7 orang staff dan 1100 murid yang terdiri dari dua sesi pembelajaran.

 

 






KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK LAMAN SK WAWASAN